Sunday, February 6, 2011

The Puak...

Ada client anda mempunyai isu dengan rakan niaga mereka yang merokok. Anda tidak diberitahu kerana mereka masih ingin menjaga hati anda. Bayangkan sebuah urusjanji yang berlangsung tanpa sebarang isu, bukankah ia lebih baik? Nafas dan badan anda yang mengeluarkan bau yang lebih ‘mesra’ pelanggan akan membantu anda mencipta ‘magis’ yang berkesan agar anda lebih diingati oleh client anda. Sama juga apabila anda memikat pasangan berlainan jantina dengan anda.  Elemen-elemen yang sama harus anda  titik beratkan.
Tetapi perokok tetap perokok. Anda memerlukan nikotin untuk melegakan otak anda. Anda perlu melakukan ritual memegang dan menyalakan rokok serta menyedut dan menghembuskan asap untuk melengkapkan hari anda.  Keperluan ini bagaikan suatu ‘agama’  dibawah pengaruh separa sedar anda dan pilihan ini umpama aturcara automatik yang telah ditetapkan di dalam otak anda. Pilihan yang dinyatakan tadi adalah muktamad, bagaimanapun dengan adanya TRibe anda mempunyai alternatif yang lain untuk dipilih.


Kini perlakuan untuk memegang rokok, menyedut dan menghembuskan asap boleh dilakukan dengan TRibe. TRibe adalah jenama bagi peralatan yang dipanggil oleh kebanyakan orang sebagai rokok elektronik. Tetapi dari sudut matlamat dan semangat, jenama ini adalah suatu fesyen yang diketengahkan untuk menggegarkan pasaran Malaysia dan Asia Tenggara.  Ia  adalah barang pengganti mutlak untuk rokok yang jauh lebih baik daripada rokok. Sama ada anda bandingkan kedua barangan ini dari aspek kelazatan asap, gaya, ataupun nilai kesihatan, TRibe akan mengatasi rokok dalam segala-galanya.  

TRibe tidak menggunakan kelongsong katrij pakai buang seperti kebanyakan rokok elektronik jenama lain yang terdapat di Malaysia. Ia menjadikan TRibe lebih efektif dari segi kos. TRibe memberikan kebebasan kepada penggunanya untuk mengunakan jus nikotin  yang jauh lebih murah berbanding  katrij pakai buang. Penggunaan jus nikotin memberikan kepuasan dan pengguna boleh bereksperimentasi dengan pelbagai perasa yang ada. Malah jus nikotin adalah salah satu produk utama TRibe.  Di dalam jus nikotin TRibe tiada 4800 bahan beracun yang merbahaya seperti yang terdapat di dalam rokok menjadikan TRibe pilihan yang selamat berbanding rokok biasa...

Choose Life Choose Your Tribe!

Tulisan berbahasa melayu ini akan bersambung esok..

No comments:

Post a Comment