Thursday, January 13, 2011

Aku dan Tembakau

"mr. bateri kamera AA" would like to share with us his side of the story...  Mr. bateri kamera AA is one of TRibe earliest member...

Bermula dari kehidupan ku berumur 10 tahun,aku sudah mengenali apa itu ROKOK. Aku sudah mula menghisap rokok secara curi-curi dan secara tidak lansung aku sudah mula belajar menipu kedua orang tua ku. Hari demi hari berlalu, dari sekolah rendah ke sekolah menengah terus sampai ke alam university aku tetap teruskan tabiat merokok aku walau pun dengan pastinya sumber kewangan aku berpunca dari mak dan ayah aku.

Kerana rasa keegoan dan tidak mahu ketinggalan untuk merasaai kemachoan menghisap rokok bersama kawan-kawan, aku teruskan tabiat itu sehingga sekarang umur ku mencecah 30 an, sudah pun beristeri dan dikurniakan 2 orang anak.

Pada tanggal 12 oktober 2010, aku mula berfikir tentang hidup ku bersama rakan baik ku ini…ya rokok. Pentadbiran kewangan keluarga aku tak pernah stabil mahu pun umur ku telah menjangkau 30 an. Aku habiskan duit aku paling tidak RM 450 sebulan. Dengan gaji ku yang tak seberapa ni, mana nak tanggung makan minum anak bini, mana nak beli peralatan anak-anak aku, susu, pempers, nestum…… nak bershoping jauh sekali, cukup sekadar beli barangan keperluan je.

Nampak macam senang, berabih duit dengan rokok, cukup bulan gaji masuk lagi. Hidup seperti biasa, belum sempat hujung bulan duit dah habis tapi rokok tak pernah putus. Kesihatan anak dan bahayanya mereka bila aku hisap rokok dalam rumah tak pernah diambil peduli hinggakan anak sulung aku dah kena asma. Hal lagi tu,nak kena berubat bagai. Duit juga. Kesihatan diri tak perlu la nak difikirkan kalau dah kesihatan anak bini tak dipeduli lagi.
illustration only


Keadaan menjadi semakin tak terkawal. Pergaduhan kecil selalu terjadi dek akibat rokok ni. Isteri aku selalu marah-marah sebab aku tak dengar cakap, terus jugak dengan sikap aku yang suka merokok
tak kira tempat.

Apa yang membuat aku lagi terpikir untuk memikirkan semula hubungan aku dengan kawan baik aku ni bila hubungan aku dengan isteri dah mula dingin. Tiap kali aku cuba mendekati dia, selalu menjadi pertengkaran kerana bau rokok. Untuk duduk bersama tengok TV pun dah tak boleh, berpelukan, tidur dengan dia, untuk bersama dengan dia jangan bermimpi la…semua kerana rokok.

Setiap kali aku beli rokok, anak aku akan cakap “ayah, jangan la isap rokok, nanti ayah jadi macam ni…” dia tunjukkan gambar yang terhias indah pada kotak rokok tu. Ada gambar gangren, ada gambar anak mati tak cukup bulan, ada gambar paru-paru hitam, ada gambar leher berlubang…macam-macam…geli pun ada bila difikirkan semula. Aku mula berfikir. Dengan ekonomi keluarga aku yang masih terumbang ambing ni, dengan kesihatan anak aku yang sedang mengidap asma, dengan keadaan perhubungan aku dan isteriku, aku rasa rokok lebih banyak memberi kesan negative pada aku berbanding yang positif. Akhirnya, pada tanggal 12 Oktober 2010, aku telah mengambil keputusan untuk berpisah dengan kawan karib aku ni. Hinggan kehari ni ini, aku sudah tidak menghisap rokok lagi. Rumah aku dah jadi bersih, takde lagi bau rokok,abu rokok malah tempat buang abu rokok pun dah takde.

Anak aku dah kembali ceria. Alhamdulillah anak yang kedua ni takde kesan-kesan asma yang datang. Hubungan isteri dengan aku pun dah kembali macam biasa. Nikmat sebenarnya kalau kita dapat sentiasa bersentuhan dengan isteri ni. Makan bersama, tengok TV bersama, tidur bersama…..indah sungguh….

So…slamat tinggal kawan karib ku. Demi masa depan keluarga tersayang, aku takkan lagi bersahabat dengan mu……..Selamat tinggal ROKOK. Selamat datang TRibe.. Selamat datang kehidupan

No comments:

Post a Comment